Mereka ini hatinya indah =)

Friday, January 9, 2015

Aku

Aku adalah aku.Macam mana Tuhan tulis aku, maka begitulah aku.Aku bukan seperti yang lain,masih lagi manusia-cara aku berbeza.orang makan guna sudu,aku masih menyuap dengan tangan.Kerana inilah aku,bukan siapa.

Aku bukan yang galak melontar suara.bertekak tinggi suara menegakkan falsafah hidup yang kononnya dilandasan benar.Aku tahu mana aku perlu berdiri dan mana aku perlu duduk. Disitu aku akan asingkan diri aku jauh dari kehebohan sekitar.

Aku bukan manusia yang memilih untuk melaung-laung,apa lagi berkata-kata.aku memilih terpelosok diceruk dan diam memerhati.Aku tak mampu menulis sehebat shakespear,atau pyan habib.

Tapi aku adalah aku.
Terima aku begini.Begini yang begini.

No comments:

Post a Comment