Mereka ini hatinya indah =)

Saturday, January 10, 2015

Abah

Sudah sekiannya kau pergi tinggalkan aku dan mereka.
Rindu aku pada keras  suara kau.
Hikayat-hikayat kau.
Semua tentang kau.
Kau masih kesatria.
1000 tahun lagi dan kau masih begitu.
Kau masih raja kami.

Kau pernah tinggalkan semua-saat aku jatuh mencium bumi.
Pernah kita berbicara soal masa depan.
Berbicara soal aku.
Saat aku menginjak remaja.
Bercerita tentang susur galur keluarga.
Bercerita tentang kau.

Aku ingat pada itu.
Aku ego-angkuh.
Aku tunduk.
Itu aku belajar dari kau.

Malam itu kau lemah dipangkuan aku-Diperhatikan bunda.
Tiada tetes air dari mata aku.
Aku mahu kau kembali hidup.
Tapi itu bukan tugas aku.
Aku ingat pesan kau.
Amanat.

No comments:

Post a Comment