Mereka ini hatinya indah =)

Friday, May 15, 2015

Hati perempuan

Hati aku sudah lama terpaut pada kau.
Ada masa aku tak punya sebab untuk terus merenung kau, kerana dalam redup mata kau aku melihat dunia akan datang.

Datang kau bukan biasa-biasa, kerana datang kau atas pesanan Tuhan supaya aku kembali hidup. Kau menghidupkan aku saat aku mati dan masih bernyawa. Kau berdiri disisi aku disaat aku tertunduk kerana kekecewaan yang berlaku. Tuhan, indah sungguh kiriman Kau.

Dalam hati seorang lelaki yang sedang dilimpahi sinar, aku cagar segala material supaya aku punya diri untuk terus berusaha mendapatkan kau. Mengumpul sisa-sisa berani yang pernah aku lempar jauh kerana ditikam kecewa.

Tapi mungkin kau masih diulit kenangan bersama mantan. Kau pejamkan mata untuk segala yang aku usahakan.
Menepis hadiah terindah dari aku tanpa melihat. Dan kembali lena dengan kenangan.

No comments:

Post a Comment