Mereka ini hatinya indah =)

Saturday, March 21, 2015

Surat Buat Aku.


Buat aku-lelaki yang sendirian.
Bukan pilihan aku untuk jadi sebegini.
Tidak aku salahkan kalian kerana melayan aku demikian rupa.
Kerana aku bukan lelaki yang kau dambakan.
Atau yang kau agungkan.
Kerana aku lelaki dibalik bayang.
Perjalanan ini aku harungi sendirian.
Kerana tiada yang semahunya berjalan bersama.
Jadi andai saja kalian memilih untuk pergi.
Tinggalkan aku sendiri.
Tinggalkan dan jangan pernah ada yang memandang aku.
Kerana aku sudah penat.
Melayan setiap kamu yang membenih harapan.
Melayan setiap janji palsu.
Kerana hati aku sudah keras membatu.
Pergilah.

No comments:

Post a Comment