First of All,Assalamualaikum dan salam sejahtera Sebelum mulakan tajuk.mari amati situasi ini...
"Budak tu datang meet up senyap je duduk kat hujung.Nak tunggu orang salam dia la tu.Hembuuoi sombong yang amat!" "Jangan kau ajak dia tu lepak sini,retis habis.Dalam internet gebang kemain.Dasar keyboard warrior"
Pernah dengar ayat-ayat begini?Ya,cliche,terlalu cliche terutama dalam satu perjumpaan dengan orang-orang yang kita tak kenal,sama ada dari forum,group facebook,fanpage atau tweetup atau apa saja jenis perjumpaan melibatkan strangers.
-Introvert?Apa tu?-
Kalau diterjemahkan ikut bahasa ibunda membawa maksud pendiam.Haa,betul lah pendiam.Personaliti introvert adalah sama macam orang lain,cuma golongan ni lebih prefer bersendirian dari berkumpul.Perspektif orang akan melabel introvert ni sebagai misteri sebab mereka ni lebih "dalam" dan "memendam".Dan harus ingat mereka bukanlah penjenayah dikehendaki,pedo,sombong atau retis.Kadangkala golongan Introvert boleh menjadi peramah,periang,mesra,dan prihatin.
Berbalik pada tajuk yang sebenarnya,"Cinta Introvert" pasti ada diantara kita yang jatuh cinta atau nak mengorat si introvert.Masalah dengan introvert ialah 'connection'.Dan untuk mengukuhkan cerita-cerita ni,saya juga seorang introvert,berkawan dengan introvert,bekerja dengan introvert,tapi tak pernah date dengan introvert ataupun ada boss yang introvert,hehehe.Jadi setiap penulisan ini adalah dari pemikiran introvert itu sendiri.
-1.Macam mana nak mendekati introvert?- Orang yang nak mendekati introvert ni wajib mencuba tanpa putus asa.Introvert juga nak jadi macam orang lain,cuma tak tau cara.Suka pada aktiviti sosial atau komuniti,dapat mengeratkan ukhwah,tapi takde keinginan.Solusi untuk masalah ini,perlu ada inisiatif dan tak putus asa,ajak banyak kali.Macam tu jugak kalau nak mengorat si introvert,perlu ajak keluar tak berhenti-henti,dan percayalah hasil tu mesti ada.Introvert manusia jugak,kesian pasti ada.Pada introvert,aktiviti sosial atau komuniti ni menakutkan,takut pada impresi anda,komuniti dan introvert itu sendiri.Dan introvert takut kalau anda rasa dia boring dengan aktiviti tu.
-2.Bincang topik yang boleh dibincangkan- Bila borak,ada kala introvert akan nampak macam "blur",tapi bukan semua.Introvert lebih suka mendengar dari bercakap sebab mostly minda introvert akan cerna terus apa yang anda bincangkan,cuma tak sehebat extrovert yang terus menjawab tanpa hadam setiap perbincangan. Dan kadang-kadang dia akan mulakan sesuatu topik,cuma kurang menyengat atau "ummph" macam extrovert."How's family awak?"**krik**krik*"sihat,family awak?"sihat,how's study?"-----"okey."*krik*krik*"dah tengok video Harlem Shake?"----"video apa?"-------.
-3.Kaji selidik topik-topik perbincangan- Ini penting,supaya setiap aktiviti berjalan dengan cemerlang.Kenal pasti topik yang dia suka bercakap,kebiasaannya introvert tak suka bercakap soal peribadi(kecuali orang yang betul rapat)tapi dia suka bercakap tentang hal-hal global,gadget,muzik,seni,atau anime. Kalau buka topik yang betul tentang perkara yang dia minat, dua jam tiga jam pun tak habis berborak lagi. Sebab tu sebelum date dengan introvert,amat perlu selak-selak majalah dulu,surf internet atau baca berita. Atau sometimes, bawa buku masa keluar dengan introvert. Tapi tak perlu sampai kita kena tahu setiap topik dari A-Z,cukup lah sesudu dua,lepas tu tanya dia soalan-soalan pasal topik tu.Contoh kalau kita tahu dia suka main paintball,kita tanya dia soal tactical atau peraturan.Kalau dia minat muzik,kita tanya update terbaru pasal band ni,atau band lain.Nampak tak?
-4.Jadikan ringkas,bersahaja dan selesa- Ada kalangan introvert yang tak boleh tahan duduk dalam crowd lama-lama,nanti dia boleh jadi tak tentu arah,penat,lemas,panas baran.Dan kalau boleh jangan sampai ke dinner atau family event atau outing BFF.Tapi bukan semua introvert begitu,ada yang senang hati kalau nak introduce pada BFF atau relatives.Well,introvert ni ibarat air,not fix-shape ahaks.Cuma jangan hilang tumpuan,sebab introvert ni pun boleh jadi macam budak kecil hilang emak kat shopping complex. Kena tahu jugak,introvert ni macam span,jangan dedah terlalu lama,nanti kering,atau macam bateri handphone,boleh habis bila dah kerap guna,tapi boleh recharge balik kalau dia dapat space untuk berseorangan.Jadi,harus pandai guna masa bila dengan introvert.simpan saja hasrat nak outing/date dehari suntuk.
-5.Space!I need Space!!!- Introvert ni ibarat bateri.Dia akan recharge balik social activity dia.Biasanya lepas satu event/outing/date akan senyap dan takkan keluar.Contoh kalau cuti seminggu,dua hari outing,lepak rumah sehari,keluar and then tak keluar.Jadi jangan terasa bila kadang-kadang telefon mungkin nak tanya khabar atau ajak outing dalam sejam dua,pasti akan ditolak.Introvert selalu akan rasa dah kering bahan,jadi takut kalau uoting/date mungkin takde apa nak diceritakan lagi atau bercerita benda yang sia-sia.
-Kesimpulannya- Jadi itu saja penerangan pasal introvert.Dan perlu ingat jugaklah,mungkin maklumat disini tak membantu,sebab macam yang saya cakapkan,introvert ni ibarat air,hari ni jadi introvert,esok dah jadi extrovert.Dan jangan putus asa dengan introvert,sebab kalau mereka dah rapat dengan anda,mereka boleh jadi manusia paling cool yang anda pernah jumpa
No comments:
Post a Comment