Salam barakah.
Alhamdulillah kita masih hidup semalam,dan kita masih hidup hari ini dan mudah-mudahan kita masih hidup esok dan hari yang seterusnya.
Tujuan apa kita hidup?Aku,kau,dia dan mereka hidup untuk apa?
Mesin taip itu dicipta agar mampu memahat kata-kata.Pembaris dicipta untuk mengukur jarak.
Tujuan apa kita,manusia hidup?
"Nothing exist without reason.There's no coincidence."
Perancangan Allah S.W.T.Takde kewujudan yang sia-sia.
Ujian,kesusahan,keresahan-itu rencah dalam perancangan-Nya.Menguji antara iman dan kufur.
Kenapa??
Kita hidup hanya sekali.Tiada peluang kedua selepas kita mati.
Dan kerana sebelum kita betul-betul abadi di akhirat.
Maka perlulah jelas tujuan kita menghuni di bumi ciptaan Allah.
"Hidup tanpa tujuan ibarat berjalan seperti si buta.Tidak jelas langkah tuju,meraba-raba dalam kabur"
Menjadi hamba Allah yang taat---itu tujuan kita dan hubung kait kita dengan Allah dan hubungan kita dengan seluruh makhluk-Nya.
Jadi,sudah jelas lagi terang tujuan ini.
Dan dengan peranan kita sebagai khalifah,sama-samalah kita berusaha untuk memaknakan tujuan hidup kita yang sementara untuk ke destinasi abadi.
Salam kalam.
No comments:
Post a Comment