Mereka ini hatinya indah =)

Friday, November 2, 2012

Tipikal kutuk

Ok tajuk agak keras dan kasar sekasar kertas pasir.Situasi pemandangan setiap dari kita,sama ada yang tipikal atau tidak. Kutuk mengutuk dikutuk pengkutuk terkutuk(ini lagi kasar) memang definisi adalah sama.Situasi tak kira masa tak kira tempat,dalam jamban pun ada.Setiap insan memang punya hak untuk menjadi golongan ini. Kalau kita dituduh mengutuk,takkan mengaku.Sifat ni memang ada sama ada kita perasan atau tidak.Direct terus la kan.Tempatkan kita dalam situasi berikut: 1.Kita tengah menonton rancangan realiti nyanyian kanak-kanak.Pada kita budak-budak ni tak layak menyanyi.Jadi kita akan(kutuk/tak kutuk) syarikat penyiaran ni dan ibu bapa budak2 tu. 2.Kita dalam satu mesyuarat,boss mintak idea kita semua.So,kita pun bentang idea kita,kawan-kawan lain suka tapi boss tak suka.kawan sebelah kita ni bentang idea yang agak tak munasabah,boss suka.lepas meeting muka kita mencuka.kita (kutuk/tak kutuk) boss dan kawan kita. Realitinya manusia dengan sikap mengutuk orang memang susah nak dipisahkan. Kutukan keluar atas rasa benci, meluat, tak suka dan macam-macam lagi. Sejurus kutukan dilimpahkan, rasa lega sangat..seronok dan puas hati. Tak gitu? Even dalam jamban pun,paip takde air...kutuk jugak kan? Aku pun tak terkecuali...peace!!

No comments:

Post a Comment