Mereka ini hatinya indah =)

Sunday, March 18, 2012

Astro First:Ripper filem Malaysia





Pertama sekali biar aku google kan untuk korang perkataan “axxo” ni . Bila dah siap google korang boleh cuba mana-mana link tersebut menunjukkan movie yang telah di rip oleh axxo.Seriously,kualiti memang superb,takde kabur-kabur.Tapi aku taknak cerita pasal axxo ni,post aku pasal Astro First.

Macam kita tau la,banyak filem-filem Hollywood yang dah diripper,dan kita semua tau memang link bersepah.Bila wujud Astro First nie,trend ripper filem Malaysia pun akan berleluasa.

sebab tu jugak lah aku nak luahkan pandangan aku.memang satu kesilapan besar Astro First nie wujud.Kita tau dan memang dah sedia tau yang industri filem Malaysia taklah sebesar macam Hollywood atau Bollywood sampai diorang ade macam2 dengan HBO lah.






Jadi secara tak langsung,bilangan penonton ke pawagam akan berkurang,sebab orang dah langgan Astro first,atau download kat link-link ripper ni atau download kat Youtube.Jadi bila industri filem Malaysia akan berkembang,dengan masalah penonton ke pawagam,lagi masalah lanun cetak rompak yang memang dah beranak-pinak sejak dari zaman2 piring hitam.

Kalau dulu,sekurang-kurangnya 4-5 bulan baru lanun-lanun ni dapat jual filem baru melayu.Tapi sekarang,tak sampai seminggu dua dah tayang kat Astro first.Jadi pihak-pihak ni kena la berfikir,jangan terlalu fikirkan keuntungan.

p/s:nasib baik filem Mamat Khalid belum kena lagi,kalau tak rugi =)

No comments:

Post a Comment