Mereka ini hatinya indah =)

Monday, October 17, 2011

Kisah kau wahai sejadah

Untunglah kau menjadi sejadah
Disulam seindahnya
ada yang warna merah,hijau dan bermacam warna
berwajahkan rumah Allah,kota Madinah,kota Mekkah

Untunglah kau wahai sejadah
Boleh menjadi tempat mengalas
utk si munafik yang sombong dengan Pencipta-NYA atau si soleh yang tunduk sujud kepada-Nya
Beramal ibadat... mengejar syurga di janjikan
Tugas kau wahai sejadah amat mulia
senantiasa dekat pada pencipta Nya.
Tak lekang walau sesaat.

Namun...
Kita sering jua alpa,lalai,hanyut dengan godaan duniawi
Godaan syaitan yang durjana
Godaan kafir laknatullah

Tapi...
hanya apabila di atas kau wahai sejadah
baru terasa dekat pd Nya,yang Maha Esa.
Fikir-fikirkanlah kalian wahai si pengguna sejadah
jgn kita hanya tahu sujud di hamparan sejadah sahaja...

No comments:

Post a Comment